You are Visitor Number

Free Web Counters
Since September 2008

Tuesday, June 16, 2009

-Baju T-Shirt Alumni Maahad Al-Aziz-

Assalamualaikum warahmatullah...

Diharap kepada semua rakyat MAA sihat-sihat belaka.Kepada yang sudah "sihat",maka tambahkanlah kesihatan anda.Kepada yang kurang sihat,silalah berjumpa dengan tabib-tabib atau bomoh perubatan moden dan tradisional agar dapat dikembalikan kesihatan anda itu.

Huaarggghhh...!!!Agak lama jari jemari yang comel lagi hensem ini tak menulis kat blog alumni ni.Rasa rindu pulakk...

Pertama-tamanya,diucapkan ucapan tahniah kepada saudara Mohd Radzi Bin Amaran @ bob @ acik dan pasangannya Hanum Rabani Binti Mohd Jaafar kerana telah melangsungkan perkahwinan pada hari sabtu yang lalu.Semoga "Masjid" yang telah bina itu dapat dibina atas dasar taqwa.Sesungguhnya masjid itu dibina atas dasar taqwa.

Kedua,dengan rasminya pada hari ni saya mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja rakyat MAA yang terer g**a buat design baju untuk memberikan cadangan dan reka bentuk design baju itu untuk dibuat design rasmi bagi alumni Maahad Al-Aziz.
Saya telah mengupah seorang rakan saya di sini untuk mendesignkan beberapa jenis design untuk alumni,namun semua masih dalam proses pembikinan.

Jadi,kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menghasilkan design baju umtuk alumni sila kemukan idea anda kepada saya.

Ataupun kepada sesiapa yang terer ilustrator bolehlah didesignkan dahulu kemudian diemelkan kepada saya dengan format Jpeg.

Semua hasil kerja anda akan dipilih melalui undian.Design mana yang dapat undian tertinggi maka design itulah akan menjadi design untuk Alumni Maahad Al-Aziz.Maka silalah design dengan elok dan saksama.

Jasa anda amat kami perlukan dan hargai.

Wallahu a'lam..

1 comment:

Putera Lilin @ RajaKing Wann Narul said...

klu dh ada baju t tue tlg maklumkn yeee