You are Visitor Number

Free Web Counters
Since September 2008

Wednesday, March 4, 2009

Assalamualaikum..Pengumuman!!Bertukar Tangan.


Bismillah...

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah thummal hamdulillah wassolatu wassalamu ala rasulillah.Alhamdulillah,segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam.Pentadbir alam,pengurus alam ini.Segala puji juga bagi Allah kerana memberikan kudrat kepada kita untuk kembali bangun dari tidur dan menghirup udara segar free yang tak perlu kita membayarnya di kaunter-kaunter cukai.

Alhamdulillah..!!

Allahuakbar..!!

Pada hari ni,05/02/2008 bersamaan hari khamis pada pukul 9:08am saya mendapat SMS dari seorang senior Maahad Al-Aziz yang minta tolong pada saya supaya dapat maintain kan blog alumni MAA.

Azri la yang minta saya maintainkan blog alumni ni.Jadi,siapa penulis and manage blog ni sekarang?Mesti ada yang kenal,ada yang tak kenal.Saya adalah.........jeng jeng jeng..Mior Imran.Student MAA pada tahun 2001.

Kenapa abang azri tak manage blog ni dah?Soalan tu kena tanya tuan punya body.Wahahah!!!Sebenarnya,azri sedang sibuk yang teramat sangat kerana menghadapi final year dia kat U nye.Jadi,beliau membuat keputusan untuk menyerahkan kuasa beliau sebagai penulis blog MAA kepada saya.Jadi secara rasminya saya akan mengambil alih blog buat sementara waktu sampai keadaan sibuk azri kembali reda.(merepek dah kot ni...)

Okeylah,cakap banyak pun takde guna.Lagipun tak tau nak tulis pe kat blog ni.Baru first time tulis blog alumni.Insyaallah,saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan maklumat serta perkembangan di MAA,pelajar MAA dan Ex MAA.Insyaallah saya akan cuba sebaik mungkin untuk mengendalikan blog alumni MAA ini.

Dan kepada semua Ex student MAA di blog ni,kalau ada perkembangan terbaru atau gambar-gambar berkaitan atau tentang sahabat-sahabat kita sila beritahu kepada saya secepat supaya saya boleh post kan kat dalam blog alumni ni.

Sekalung penghargaan kepada abang azri a.k.a aie kerana telah berjaya menyatupadukan semua rakyat MAA ni.Dari pembinaan group di komuniti Friendster seterusnya di ruangan blog ini.Walaupun masih belum mencapai bilangan yang besar namun hasil usaha beliau telah menemukan kita dengan semua rakyat MAA.

Tidak dilupakan kepada anda yang memberikan sokongan kepada group MAA di Friendster serta Alumnni MAA di blog ini.Jutaan terima kasih diucapkan kerana masih lagi ingat di mana tempat kita mula belajar mengenal hakikat kehidupan.Tempat di mana kita di asuh ilmu pengetahuan,tempat di mana kita diberi ilmu tentang agamaNya.

Terima kasih diucapkan kepada rakyat-rakyat MAA sekelian kerana terus membina ukhuwah ini.Semoga setiap pertemuan kita akan membuahkan serimbun pahala daripada Allah swt.

Akhir kalam,saya mewakili pihak Abang Azri ingin mengucapkan berzilion terima kasih kerana terus menyokong Alumni ini dari awal pembukaan blog ini hingga saat ini.

Semoga kita terus dan terus menjadi "Insan Kamil Dan Akademis"

Salam Ikhlas
-Imranulkhalis-

(imranulkhalis@gmail.com)
(aku_mior@yahoo.com)
(www.imranulkhalisalhuffaz.blogspot.com)

No comments: