You are Visitor Number

Free Web Counters
Since September 2008

Thursday, January 28, 2010

Alumni Maahad Al-Aziz Kini Di Facebook

Assalamualaikum...

Pengumuman buat semua rakyat Aziziah. Kini Alumni Maahad Al-Aziz berada di laman sosial Facebook. Cuma Search Alumni Maahad Al-Aziz.

Jangan lupa Add!! Selamat Berfacebook!




KLIK SINI!

Monday, December 14, 2009

Nak Buat Reunion Tak?

Assalamualaikum.

Apa khabar warga rakyat Aziziah sekalian?Ada baik?Ada bagus?Abang bob kena sumpit tak?Hahaha...

Ok!Untuk tidak membuang tenaga jari lagi,saya akan terus kepada tajuk utama entri kali ini.

Lepas maghrib nak dekat isyak la gak,saya dapat panggilan telefon oleh salah seorang senior MAA,namanya Hasnol.Dia kata dia nak buat banglo!Hoho.Tipu je!Dia bercadang nak buat reunion.Jadi nak dibuatkan ceritanya,Bro Hasnol ni nak tanyalah kepada rakyat-rakyat Aziziah semua.

Nak buat ke tak reunion?Kalo rasa nak buat,nak buat di mana?

Rasanya dah bagi undi kat tepi tu.Korang semua ada undi tak?Kalo undi yang tertinggi maka saya nak bincanglah dengan mamat tu a.k.a Bro Hasnol.Bro Azri?Argh!Malas nak cakap sal dia!Gue kuciwa!Hahaha..Jangan mara ok Bro Azri!

Jadi bawak-bawakle berbincang dan kita akan putuskan di dalam mesyuarat agung pertama Almuni Maahad Al-Aziz.

OK!Ada pape lagi?

Chow!

Jangan lupa bincang ok!

Salam!

Tuesday, October 20, 2009

Apa macam?

Assalamualaikum...Pakcik,Makcik dah mencekik ke blom..?Hahaha...

Bertemu kembali kita di laman alumni Maahad Al-Aziz.Sebelum itu saya mewakili admin yang hilang entah ke mana,senyap sepi beribu bahasa ingin mengucapkan selamat hari raya idulfitri.Mahap zahir dan batin.Batin tu kalau ada lah.Jadi macam mana dengan puasa dan raya kita?Puasa ramadhan penuh tak?Orang perempuan confirm tak bleh penuh sebab ada uzur syar'ie.Orang laki kalo puasa ramadhan tak penuh juga itu bukan uzur syar'ie.Itu nak mati namanya..

Baiklah!Saya percaya anda semua rakyat aziziah puasa penuh kan?Puasa 6 syawal ada yang buat?Kalau ada Alhamdulillah..

Baik,dah lama sangat tak update blog almuni.Takde ke antara kita-kita ni yang nak bina masjid lagi?Kalau ada sila-sila la inform pada saya.Nombor telefon ada kat tepi tu.

Dan kalau ada apa-apa info atau design baju yang dibagi,sila-sila la email atau SMS nombor yang tertera di tepi.



Nak membebel apa lagi ye?Rasanya cukup setakat ini..

Assalamualaikum...

Friday, September 18, 2009

Salam Eidulfitri...





Kepada semua rakyat Aziziah.Di sini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua sahabat-sahabat di liuar sana.KEpada mereka-mereka yang berada di luar dari Tanah Malaya a.k.a Malaysia maka diharap anda semua berayalah dengan gumbiranya.Yang berada di Tanah Sabah juga diharapkan anda tidak bersedih kerana tak dapat beraya di Semenanjung(hahahaha).Pesanan saya kepada anda-anda yang berada di Sabah dan Serawak,hati-hatilah ketika memandu jangan sampai kena sumpit.hehehe..(Ini pesanan khas utk abg bob.)

Kepada pembuat mercun-mercun dan bom-boom tradisional,hati-hati.Jangan sampai takde jari nak digigit..heheh.

Apapun selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin(Ada ke??)

Salam.............

Sunday, August 9, 2009

Selamat Bersara Dan Teruskan Berjuang

Assalamualaikum...

Agak lama jari jemari ini tidak menari di atas keyboard ini.Sungguh..!Maafkan empunya diri ini kerna sudah lama tidak mengirimkan khabar kepada teman-teman semua.

Begini.Hari sabtu baru ni 8/8/09 saya pergi sembahyang kat masjid parit.(Bagus x saya?),adik-adik kita cakap bahawa mereka telah kehilangan guru-guru yang amat disayangi.Mereka ini umpama ibu kita.Tampat meluahkan perasaan,temat kita bergurau.Mereka tidak lain dan tidak bukan ialah :

1.Cikgu Salasiah
2.Cikgu Anita

Mereka telah meletakkan jawatan sebagai PK HEM dan PK KOKO..(kalo x silap la).Mereka telah bersara dari dunia pendidikan.Itu adalah seperti mana yang telah adik-adik kita di MAA khabarkan pada saya.

Jadi apa-apa pun mari kita doakan mereka dan ucapkan tahniah dan terima kasih kepada kedua-dua guru ini kerana telah mendidik kita sehingga ke tempat kita sekarang.

Monday, July 27, 2009

Sahabat

PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.


Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.

Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya.

Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.

Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.

Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.

Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.

Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.

Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:

"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:



Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.


Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.


Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.


Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)


Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.


Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.

Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

Tuesday, July 14, 2009

Tolong..!!!

Assalamualaikum.......


Lagi sekali la.Tolongla,kepada sesiapa yang terer design baju sila hantarkan karya anda.Saya masih menunggu.

Kempunanla nak dapat baju alumni macamni........